Saturday, 30 January 2016

Teka Teki & Jawapan Rantai dan Pautan

Kini, sudah sampai masa untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?













Ok.
Kita akan terus ke jawapan.









































Inilah jawapannya..







































TAHNIAH! Anda sudah memiliki satu rantai besi berbentuk bulatan.

Jadi,

siapa antara kalian yang dapat jawab dengan betul dan tepat?





Friday, 29 January 2016

Agong Harus Bertindak Tegas Terhadap Najib dan Peguam Negara...


Raja-Raja Melayu dipohon bertindak lebih keras dengan memecat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali susulan kontroversi berpanjangan 1MDB.

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata raja-raja sebagai payung negara tidak boleh membiarkan institusi awam dan pegawainya bersendirian apabila berlaku “ugutan” ketika menyiasat isu itu.

Beliau membangkitkan kes perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas polis Datuk Hamid Bahador.

“Ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institusi raja-raja tercalar oleh institusi awam yang berdiri atas nama diraja bertindak berasaskan campur tangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang,” katanya.

Mahfuz mendakwa “pentadbiran negara sekarang tak ubah seperti mana perjalanan pentadbiran sebuah kumpulan mafia”.


“Dalam kumpulan mafia siapa lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga berdoa supaya Allah memberikan petunjuk serta kekuatan untuk raja-raja bertindak "berani kerana benar" melindungi negara dan rakyat.

Bernama semalam melaporkan raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan”.

Thursday, 28 January 2016

Didenda Kerana Lawan Perogol


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

Tuesday, 26 January 2016

Peraduan Teka Teki JKBT



Jom sertai peraduan teka-teki JKBT untuk memenangi hadiah top up bernilai RM10 dengan hanya menjawab 3 soalan mudah.

Jawapan paling tepat dan terpantas akan dikira sebagai pemenang...

SOALAN

1- Apakah kehidupan yang semasa kecilnya berkaki 4,bila besar berkaki 2 dan bila tua berkaki 3?

2- Diantara polis Malaysia dengan polis Indonesia, yang manakah lebih tua?

3- Jawab 3 soalan dibawah:-
a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?

Hantar jawapan anda di ruangan komen dibawah...


Syarat-syarat penyertaan

1- LIKE page "Jom Kongsi Berita Terkini"
2- Terbuka kepada semua warga Facebook
3- Tarikh akhir peraduan 28/01/2016 tepat pukul 12 malam
4- Pemenang akan diumum di page "Jom Kongsi Berita Terkini" pada 29/01/2016
5- Hanya seorang pemenang untuk peraduan ini

SELAMAT  MENCUBA